Wednesday, 16 September 2015

DIALOG TERBUKA POLITIK MALAYSIA

DIALOG TERBUKA POLITIK MALAYSIA  



PETIKAN UCAPAN DR DZULKEFLY AHMAD
PROGRAM DIALOG TERBUKA POLITIK MALAYSIA
LEMBAH PANTAI 
26 OGOS 2015
1. Betul kami kelompok kalah. Tetapi tidak pernah dalam sejarah pemilihan, berlaku kalah yang gugurnya setandan sebegini. Kami mengakui kekalahan itu, namun kekalahan yang mungkin juga merupakan ‘rahmat yang tersembunyi’.

=2. Kami dikalahkan dengan cara yang telah pun tuan-tuan ketahui. Kelompok kami dianggap sebagai mengekang kelompok yang diketuai presiden kerana setiap kali mesyuarat, kelompok ini datang dengan penghujahan yang cukup, sehingga presiden tidak dapat membuat keputusan dalam perkara dasar. Hakikat ini diakui oleh Ketua Dewan Ulama (interview MM).
3. Betul juga kita kelompok ‘kecewa’. Kita kecewa kerana sejurus kita kalah, sementara TGNA sudah tiada, PAS membuat pendirian berpisah dengan DAP, sekaligus berakhirnya PR. Menguburkan satu muafakat politik yang disuburkan sekian lama yang memberi manfaat besar kepada perjuangan Islam yang inklusif dalam sebuah masyarakat majmuk.
4. Asalnya tiada sorang pun di kalangan kami mahu buat parti baru. Tak ada niat pun. Tapi pada 16 Jun di Johor, kami buat brainstorming, sebulat suara bersetuju meneruskan perjuangan TGNA, membawa Islam ”Rahmatan lil ‘alamin” yang menaungi semua. Semua berasa selamat dan terbela di bawah lembayung ‘Islam Untuk Semua’. Justeru cara terbaik untuk membawa mesej itu adalah dengan meneruskan tahaluf siyasi.
5. Kenapa kami tubuh wadah baharu, adalah kerana mahu mengangkat kembali agenda Pakatan Rakyat 2.0 utk mendepani persaingan sengit PRU14 akan datang.
6. Kalau persoalan hudud hendak dijadikan punca perpecahan PR, itu tidak tepat. Ketika memetrai polisi bersama pada April 2008 pun tidak ada agenda hudud dalam ‘Dasar-dasar Bersama’ atau ‘CPF’. Sejak awal lagi tidak ada. Zaman TGNA masih ada, Karpal Singh masih ada. Bab hudud kita ‘setuju untuk tidak bersetuju’. Kelantan boleh terus bentang dan rakan-rakan boleh kekal tidak setuju. Mengapa berubah sikap dan pendirian? Tentunya banyak lagi yang tidak difahami umum. Mengapa langgari perjanjian tahaluf?
7. Kami berkeyakinan ini wadah politik Islam baru untuk menjadi satu penyelesaian kepada kemelut dan krisis yg didepani negara dan rakyat. Kami meyakini bahawa ini kehendak dan desakan rakyat untuk kami angkat semula PR 2.0 bagi berdepan kemelut kebobrokan pentadbiran negara pimpinan Najib Razak dan Umno-BN.
8. 1MDB meletakkan Malaysia ‘sempurna’ dalam krisis. Tiada lagi aspek dalam negara yang tidak berkrisis dan dalam keretakan. Semua cabang kuasa yakni Legislatif dan Judisiari, dijerut dan dicekik pihak Eksekutif. Negara hampir lumpuh dan kegagalan sistem itu dicerminkan oleh keruntuhan nilai matawang ringgit negara.. Alahai!
9. Jadi inilah masanya, rakyat membuat perubahan bersama kami Harapan Baru sekaligus bersama Pakatan Rakyat 2.0 bagi menumbangkan UMNO-BN.
-Team media GHB

No comments:

Post a Comment