Thursday 17 September 2015

RIBUAN HADIR PELANCARAN PARTI AMANAH NEGARA - VIDEO Penuh Majlis Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara


SHAH ALAM: Ribuan penyokong menghadiri pelancaran Parti Amanah Negara di Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman, IDCC, Shah Alam.

Parti itu dirasmikan Presidennya, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia.



Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata, sehingga semalam seramai 30,018 ahli baru telah mendaftar untuk menyertai parti itu.

“Nombor satu ahli paling banyak mendaftar ialah Negeri Kelantan, diikuti Johor dan Selangor.

“Parti ini menolak minda bergaris keras. Ia dapat permintaan dari orang bukan Islam juga,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Parti Amanah Negara di Shah Alam.

Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Parti Amanah Negara dibentuk oleh kumpulan progresif dalam PAS yang tewas dalam pemilihan parti PAS, Jun lalu.



SUMBER: Astro Awani

No comments:

Post a Comment